Selasa, 16 Mei 2017

HALATUJU


Hala (kata nama)

Sinonim dengan arah, haluan, tuju, hadap, tala, tepas, paran;

Tanggal 15hb Mei 2017, keputusan UPU telah keluar. Masih belum terlambat lagi untuk kami, JommasukIPT mengucapkan tahniah pada yang berjaya mendapat panggilan UPU.

Kepada yang gagal mendapat panggilan UPU tahun ini, jangan berputus asa. Anda masih ada peluang kerana ruang untuk membuat rayuan UPU sudah dibuka.

Kita ketepikan UPU sebentar. Suka untuk kami buka perbincangan tentang halatuju. Setiap manusia yang hidup di dunia ini sepatutnya sedar akan pentingnya halatuju hidup. Sebagaimana, ekonomi dan keadaan sesuatu negara itu dipengaruhi oleh halatuju pucuk pimpinan yang memimpin.

Bayangkan anda, seorang pelajar yang tidak tahu halatuju anda selepas tamat SPM, dan cuma mengikut ngikut kawan tanpa berfikir sejenak tentang halatuju hidup anda.

Jika anda salah satu insan yang masih tidak jelas tentang halatuju dan keadaan pasaran kerja sekarang, kami JommasukIPT ada membuka sebuah group WhatsApp untuk membincangkan halatuju yang sesuai dengan minat, aras akademik dan pasaran kerja masa akan datang.

Klik sini. Kami mengalu - alukan kedatangan anda. Terima kasih.